
Bas Wanita RapidKL...Selepas tren, bas khas wanita pula
link:http://www.rapidkl.com.my/news/1-latest-news/224
RapidKL memulakan tempoh percubaan bagi perkhidmatan bas untuk golongan wanita sahaja, yang dikenali sebagai Rapid Bas Wanita, mulai semalam hingga 31 Disember.
Menurut kenyataan Bas RapidKL semalam, ia adalah tambahan kepada operasi biasa syarikat berkenaan dan menyediakan perkhidmatan berbaloi kepada orang awam.
Tempoh percubaan itu dijalankan di tujuh laluan yang mempunyai jumlah penumpang ramai dengan dua sesi perkhidmatan, iaitu di sebelah pagi jam 6.45 dan 7.30 manakala di sebelah petang pada jam 6 dan 6.45.
Laluan yang terbabit pada sesi pagi ialah U1 (Hab Pinggiran Batu Caves), U8 (Hab Damansara Damai), U22 (Hab Sri Nilam), U40 (Hab Terminal Kajang), U60 (Hab Puchong Utama), U80 (Hab UiTM Shah Alam) dan U81(Hab Subang Suria).
Bagi sesi petang, laluannya ialah U1 (Hab Medan Pasar), U8(Hab Medan Pasar), U22 (Hab Jalan Hang Lekiu), U40 (Hab Pasar Seni), U60 (Hab Pasar Seni), U80 (Hab Pasar Seni) dan U81 (Hab Pasar Seni).
Ketua Pegawai Eksekutif Bas RapidKL Datuk Mohamed Hazlan Mohamed Hussain berkata perkhidmatan khas itu dilaksanakan untuk memberi lebih keselesaan dan keselamatan kepada penumpang wanita, selain melindungi mereka daripada gangguan seksual serta bersesakan dengan penumpang lelaki pada waktu puncak.
Beliau berkata Rapid Bas Wanita tidak akan menjejaskan perkhidmatan sedia ada syarikat itu kerana ia akan menggunakan bas tambahan.
Walaupun dikhaskan untuk wanita sahaja, kanak-kanak di bawah usia dua belas tahun dibenarkan menggunakan perkhidmatan bas tersebut dengan ditemani rakan atau saudara perempuan.
Ikon bas 'untuk wanita sahaja' akan diletakkan pada cermin depan bas, tingkap, pintu dan skrin LED dalam kenderaan itu bagi membezakannya daripada bas biasa.
KOMEN ISUHARIAN:lelaki yg berpakaian wanita dan lembut ala2 wanita leh naik tak?apapun ni langkah yang baik..baguss
Jika anda ingin mendapatkan gambar pelik, kelakar, ajaib dan juga isu-isu hangat masa kini terus ke email anda, daftarkan diri secara percuma. KLIK
Top Menu
Koleksi gambar,berita menarik, lucu yang haktuih (formerly known as isuharian)
Pages
Labels:
Berita Semasa
Bas Khas Wanita
amir
Thursday, December 2, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Jika anda ingin mendapatkan gambar pelik, kelakar, ajaib dan juga isu-isu hangat masa kini terus ke email anda, daftarkan diri secara per...
-
Tak tau nak buh tajuk apa..letak jelah..hehehhe Jika anda ingin mendapatkan gambar pelik, kelakar, ajaib dan juga isu-isu ha...
-
sanggupkah anda melekatkan kata-kata romantis di kereta anda sendiri? Jika anda ingin mendapatkan gambar pelik, kelakar, ajaib dan jug...
-
Hari raya bakal menjelma..sekarang kad ucapan makin dilupakan. Teknologi merubah manusia..kita juga tidak terkecuali..jadi SMSlah pengganti...
-
Jika anda ingin mendapatkan gambar pelik, kelakar, ajaib dan juga isu-isu hangat masa kini terus ke email anda, daftarkan diri ...
Haktuih.com
Labels
18SX
(14)
Amazing Pictures
(228)
Animal
(44)
Antarabangsa
(1)
Architecture
(5)
Arts
(17)
Berita Semasa
(16)
Borak
(1)
Bual kosong
(1)
Car pictures
(26)
Cartoon
(11)
Celebrity
(11)
Cerita Lawak
(50)
Cinta
(2)
Cool Pictures
(2)
Creative
(26)
Creative Ads
(20)
Disgusting
(7)
Fakta Kesihatan
(6)
Fakta Menarik
(9)
Fashion
(5)
Food
(23)
Foto menarik
(73)
Funny Animals
(75)
funny baby
(21)
Funny jokes
(68)
Funny Pictures
(281)
Gambar Artis
(9)
Gambar lawak
(18)
Gambar Panas
(7)
Horror
(2)
Iklan
(1)
IQ test
(1)
Isu Hangat
(1)
Luar Negara
(1)
Madah
(3)
Movies
(1)
Nature
(1)
Optical Illusion
(5)
Panas
(1)
Salah Eja
(7)
Scary Pictures
(15)
Tech
(19)
Tips
(1)
Ucapan
(1)
Uji Minda
(1)
Weird
(13)
World News
(5)
0 comments:
Post a Comment